Rezeki bukan soal banyak atau sedikit, tetapi berkat atau tidak.
Jemputlah berkat pada rezeki dengan niat mencarinya kerana Allah.
Tapi tak tahu bagaimana?
Pahrol Mohamad Juoi dilahirkan di lpoh, Perak pada 20 Mei 1961. Memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, lpoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UITM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam.
Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.
Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah dan Anis.
Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijiaz, Rabbani, Raihan, Iinteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara irik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah nyanyian kumpulan Hijaz, Suci Sekeping Hati nyanyian kumpulan Saujana, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Setinggi Kasih & Ratu Syahadah nyanyian kumpulan INTEAM, Zinnirah & Bintang Syurga nyanyian kumpulan UNIC & Raqib Majid, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Cinta Zainab nyanyian kumpulan MESTICA, dan lain-lain lagi. Terbaru beliau terlibat dalam penulisan lirik lagu nasyid Safiyyah” nyanyian kumpulan Far East yang tersenarai dalam Top Carta Radio IKIMfm.
Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islamik di RTM. Di radio, beliau merupakan Panel Jemputan untuk Slot “Islam Itu Indah” di Radio IKIMfm. Terbaru beliau terlibat sebagai Penyampai Slot Open Floor TV Alhijrah “Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan”.
Beliau juga merupakan adalah Mantan Ketua Pengarang/Editor majalah SOLUSI (Majalah Terbaik Islamik) keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Kini beliau adalah Pengarah & Penyelidik Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn.Bhd.sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta.
Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan. Pernah dinobatkan sebagai Penulis Terbaik Kategori islamik – Anugerah Buku Negara 2014 dan sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan.
Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir, Revolusi, Dimana Dia Dihatiku?, Kilas Dalam Kias, Cinta Kerana Allah, Bawa Cinta Kita Ke Syurga, Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga, Tenang Ada Di Sini, Melakar Damai Di Jiwa, Allah Dekat Tiada Gawat, Didiklah Dari Hati, Pesan Hati Untuk Hati, 7 Langkah Baiki Diri, Celik Mata Hati, Bukan Senang Nak Tenang Nota Hati, Seorang Lelaki, Nota Fikir Untuk Zikir, Bicara Iman Untuk Tenang, Beduk Diketuk Beduk Diketuk Lagi, dan Anggung Geleng.
Kini selaras dengan perkembangan semasa Ustaz Pahrol Mohd Juoi aktif membuat rakaman bagi membawa karya-karya yang pernah dihasilkan oleh beliau dalam bentuk digital agar lebih menjangkau lebih besar skali pembaca dan pendengar selain dari membantu meningkatkan kefahaman dengan penghasilan karya dalam bentuk visual atau video.
Berazam membentuk generasi yang mencintai Allah dan Rasul dengan mencintai Majlis Ilmu. Inilah sedikit usaha kami dalam melaksanakan pelbagai Majlis Ilmu khususnya buat golongan Wanita.
ANUGERAH ISTIMEWA
KERJAYA
PENDIDIKAN
BIODATA RINGKAS:
DATUK DR USTAZAH NORHAFIZAH BT HJ MUSA, anak kelahiran Kg Kuala Jempol, Bahau Negeri Sembilan. Anak kepada pasangan guru agama anak ke5 daripada 6 orang adik beradik.Beliau adalah surihati/isteri kepada Dr Ustaz Azahar bin Yaakub. Pasangan ini dikurniakan 7 orang cahayamata dua menantu dan seorang cucu (sehingg JUN 2023).
PENDIDIKAN
PENGALAMAN PERKHIDMATAN
Antaranya ialah:
PENCAPAIAN /ANUGERAH
Antaranya adalah:
DR HJH AZURA HASHIM adalah seorang trainer, Coach yang bertauliah dan penulis buku. Beliau adalah pengasas Medipro Ventures Sdn Bhd. Diiktiraf sebagai salah seorang ahli Successful People in Malaysia dari British Publishing House LTD yang berpusat di UK.
Mempunyai pelbagai kelayakan, beliau merupakan jurulatih dibawah HRDF, pemegang Certified Neuro-Linguistic Programming (NLP) Coach di bawah NFNLP, USA, dan ANLPM, Malaysia. Serta ESQ 3.0 Coaching (Pensijilan Antarabangsa). Beliau juga mempunyai kepakaran sebagai Master of Handwriting Analysis yang diiktiraf oleh KAROHS International School of Handwriting Analysis di Amerika Syarikat.
Selain itu, beliau mempunyai pengiktirafan sebagai Certified LAB Profile Practitioner, Certified Lab Profile Practitioner for Coaches dari Success Strategies, Canada, Certified NLP Meta Reflection Practitioner, Certified Meta Model Practitioner (for Coaches) dari Akademi NLP Malaysia.
Dr Azura juga diiktiraf sebagai Certified Master Practitioner of Mindfulness Love Therapy (MLT), Certified Master Practitioner of Art Drawing-House Tree Person (AD-HTP), Certified Master Practitioner of Neo-Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT) dan Certified Advanced Practitioner of Neo-Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT). Turut memiliki sijil Cognitive Fitness, Certified Positive Psychology, Certified of Improving Your Sleep, Certified of Improving Your Memory, Certified of The Sensitive Gut dan Certified of Stress Management dari Harvard Medical School.
Dilahirkan di Klang, Dr Azura Hashim mempunyai PhD dalam Pemasaran Antarabangsa (Universiti Malaya) dan MBA dalam Perniagaan Antarabangsa (Universiti Putra Malaysia). Beliau mempunyai pelbagai pengalaman kerjaya dalam industri lebih dari 15 tahun dalam bidang telekomunikasi, pendidikan dan industri kewangan. Antara subjek yang pernah diajar oleh beliau semasa bergelar pensyarah di Universiti Malaya adalah e-pemasaran, sumber manusia dan gelagat pengguna.
Beliau secara aktif telah melakukan banyak perkongsian bersama pelbagai organisasi badan kerajaan dan swasta sejak 8 tahun lepas, termasuklah di Majlis Amanah Rakyat, KWSP, Socso, Lembaga Tabung Haji, Bernama, KPDNKK, PTPK, TPM, KBS, KPLB, INTAN (IKWAS) dan banyak lagi. Program Dr Azura telah disambut baik dan mendapat maklum balas yang positif daripada ribuan peserta yang terdiri daripada usahawan, majikan dan golongan pekerja, dan umum.
Seringkali dijemput di saluran media massa seperti Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, TV AlHijrah, IKIM.fm, BERNAMA, majalah In Trend, akhbar The Star, Sinar Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro. Selain itu, sering dijemput untuk berkongsi buah fikiran di majalah dan akhbar selain aktif menulis.
Beliau telah menulis 8 buah buku fizikal iaitu “Dahsyatnya Tulisan Ini Milik Siapa, LOVE Till Jannah, Be Okay, Graphology Employer Handbook, Jurnal Grafologi Diri, Planner Transformasi, Nak Capai Impian, Checklist Transformasi , 101 Nota Minda dan yang terkini Nak Terus Atau Nak U-Turn?
Beliau mempunyai impian yang tinggi untuk membantu orang sekeliling meningkatkan kecekapan, kemahiran dan potensi diri mereka. Dengan kepakaran yang dimiliki, di tambah pula pengalaman sewaktu dalam industri. Beliau percaya dapat menyumbang kepada kumpulan di luar sana untuk lebih berjaya dalam kehidupan, organisasi dan negara secara keseluruhan.
Lock tarikh ini di kalendar anda.
Nilai perkongsian ini adalah
RM297
Tetapi khas untuk anda, kami ‘sponsor’ tiket anda. Program ini adalah
RM297
PERCUMA!!
Yes! Percuma!!
Jadi kami mohon untuk anda sebarkan link kelas ini supaya lebih ramai mendapat manfaatnya.
Jumpa nanti. In shaa Allah.
Moga Allah mudah dan lancarkan.
Aamiin.
TERHAD!
Pendaftaran akan DITUTUP pada bila-bila MASA sejurus KUOTA Zoom PENUH!
Bertindak sekarang, klik BUTANG di bawah.
Webinar ini adalah sepenuhnya PERCUMA, tetapi jika anda tak tahu nak amalkan doa yang mana untuk keluasan rezeki, dapatkan kad fizikal ini hanya dengan tambahan RM20 sahaja.
RISAU TENTANG REZEKI ? TAK TAHU MACAM MANA NAK SETTLE?
Banyak fikir tentang rezeki, kewangan dan cabaran ekonomi masa kini ?
Apa usaha kita dalam menjemput rezeki dari Allah.
DOA ITU SENJATA MUKMIN
Ada banyak sangat doa yang boleh diamalkan… Tapi kita seringkali…
Tak tahu nak baca doa apa
Tak hafal doa
Doa tidak disemak tuan guru
Tak istiqomah
Asyik terlupa
Ha! Sebab inilah kami susunkan Kad Fizikal Himpunan Doa Keluasan Rezeki.
Doa Menghadapi Kesedihan, Kelemahan, Kemalasan, Banyak Hutang & Penindasan Orang
Doa Pagi
Doa Agar Rezeki Lancar
Ayat Seribu Dinar
Doa Nabi Isa Mohon Rezeki Allah
Doa Agar Dimudahkan Segala Urusan dan Dilancarkan Rezeki
Doa Meminta Diberi Kecukupan Rezeki Yang Halal
Doa Memohon Rezeki
Doa Agar Beroleh Rezeki
Doa Rezeki Tidak Putus
Doa Mohon Dapat Membayar Hutang Yang Berat
Doa Nabi Musa Memohon Limpahan Rezeki
Doa Memohon Rezeki Tunaikan Haji dan Umrah
Zikir Harian Agar Diluaskan Rezeki
Zikir – Zikir dan Amalan Tambahan Untuk Keluasan Rezeki
Saiz kecil (10×8 cm) – mudah untuk dibawa ke mana-mana
Mempunyai bahasa rumi dan makna di setiap doa
Kad yang tebal – tidak mudah kemek dan koyak
Gloss laminate – kena air setitik dua takde masalah
“Saya amalkan ni [doa dalam kad].. berserah bulat-bulat kepada Allah.
Alhamdulillah, rezeki tak terduga. Dapat Tokoh Maulidur Rasul”
– Puan Harshidah
“Kad himpunan doa ni kalis air..mudah dibawa kemana2…
xperlu nk scroll tgk dekat phone dah.. “
– Cikpuan Miza
Jadi tunggu apa lagi?
Jom dapatkan sekarang!
Semoga dengan kita amalkan doa doa tersebut, kita akan mendapat rezeki yang tidak disangka sangka.
Amiin Ya Allah Ya Mujiib.
016-222-3444 (Cik Siti)
DISCLAIMER: Facebook™️ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. The site is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners.